Cerita Sebalik Berita: Ke mana hala tuju lepasan SPM selepas ini?

Jun 17, 2022, 12:43 PM

Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran, Rizan Hassan menjelaskan, golongan muda seharusnya menyedari SPM bukanlah satu pertandingan, sebaliknya, satu perjalanan ke arah kesejahteraan ekonomi dan sosial yang lebih baik. Katanya, selain pendidikan tinggi, peluang yang ada juga terbuka kepada mereka yang gagal seperti latihan TVET untuk diberikan peluang kedua.