Cerita Sebalik Berita: Kes dadah babitlkan kanak-kanak 3 tahun, di mana silapnya?

Jun 20, 2022, 09:53 AM

Terdapat unsur kecuaian dan pengabaian kerana kanak-kanak berusia tiga tahun tidak mungkin tahu itu adalah dadah, kata Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal. 

Beliau bercakap demikian susulan kes kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan yang berada dalam keadaan kritikal selepas pihak hospital menemukan dadah dalam badannya di Kelantan.