Cerita Sebalik Berita: Politik | PKR tidak akan kerjasama dengan Azmin

Jun 21, 2022, 10:00 AM

Dalam politik, Penganalisis Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata beliau setuju dengan pepatah kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang dan pertemuan itu dijangka menjadi hangat susulan ia membabitkan masa depan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali.

Beliau mengulas dakwaan terdapat pertemuan Mohamed Azmin bersama dua wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hotel Sheraton baru-baru ini.