AWANI Soundbyte #148 : Azmin semak semula projek mega kerajaan BN

May 22, 2018, 08:45 AM

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan membuat semakan semula terhadap semua projek mega yang dilaksanakan kerajaan terdahulu bagi melihat ketelusan termasuk dalam aspek perolehan dan tender.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, semakan semula itu turut melibatkan projek yang telah menerima Surat Setuju Terima (SST) kerana dipercayai dibuat secara tergesa-gesa sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Berikut sidang media penuh Datuk Seri Azmin Ali.