Niaga AWANI: Menjaga pekerja gig menerusi program PenjanaGig

Jun 25, 2020, 05:55 AM

Bermula 15 Jun lepas, dana padanan caruman platform ekonomi gig program PenjanaGig yang dikendalikan Perkeso yang diumumkan Perdana Menteri dalam Pelan Jana Semula Ekonomi telah dibuka untuk pendaftaran platform penyedia perkhidmatan gig.

Dalam Pelan Jana Semula Ekonomi kerajaan memperuntukkan geran berjumlah RM50 juta untuk membiayai caruman pekerja gig di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Perkeso dan Skim i-Saraan KWSP. 

Bagi pekerja gig, program PenjanaGig Perkeso, akan meberikan mereka Perlindungan Keselamatan Sosial SKSPS di bawah pelan 2 dengan caruman RM232 secara percuma selama setahun.

Daripada jumlah ini di kerajaan membiayai 70 peratus caruman manakala baki 30 peratus oleh platform penyedia perkhidmatan.

Kita ingin melihat dengan lebih mendalam kepada program PenjanaGig yang dikendalikan Perkeso bersama Ketua Bahagian Skim Pekerjaan Sendiri Perkeso, Azhar Md Nadzri.