Top 11, ScaleUp Malaysia | Kiddocare dan peluang baru untuk perniagaan tradisional di atas talian

May 21, 2021, 02:37 AM

COVID-19 telah paksa banyak perniagaan dan perkhidmatan membawa model mereka ke atas talian. Salah satu perniagaan ini, Kiddocare, menawarkan perkhidmatan penjagaan anak yang turut dilapor mendapat permintaan yang tinggi di tengah PKP. Kiddocare adalah 11 syarikat finalis yang terpilih untuk program ScaleUp Malaysia dan menerima RM250,000 untuk antara lain, pengembangan serantau. Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kiddocare dan Pengasas, Nadira Yusoff.