Niaga AWANI: SRI 2021 | Beralih daripada beramal kepada impak

Jun 21, 2021, 02:28 AM

Syarikat besar harus lebih aktif menyokong perusahaan mikro ditengah ketidaktentuan ekonomi akibat COVID-19.

Menurut Pengasas Fugeelah dan Fugee School, Deborah Henry, ini dapat membantu PKS dan usahawan mikro ini dengan lebih mapan.

Beliau membuat kenyataan berkenaan dalam "Suite Chat: Investing in Social Enterprise With Positive Impact" bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Securities Industry Development Corporation, Tengku Zarina Tengku Chik.

Ia adalah sebahagian daripada sidang maya "Sustainable and Responsible Investment" daripada 16 ke 17 Jun lepas.