Niaga AWANI: Sektor Pelancongan | Tawaran Igotopia untuk persediaan pembukaan sektor pelancongan

Jun 22, 2021, 03:26 AM

World Travel and Tourism Council pada Mac lepas melaporkan sektor pelancongan dunia kerugian AS$4.5 trilion pada 2020 susulan kesan COVID-19. Ia juga lapor sumbangan sektor pelancongan dan pengembaraan kepada KDNK global menurun 49.1% pada tahun yang sama. Ini adalah peluang bagi sektor ini melihat kepada inovasi dan cara baru untuk hidupkannya kembali. Igotopia tawar pelancongan maya yang meliputi promosi, jualan dan perkhidmatan pelanggan. Ia kini meraih ECF di Malaysia dan telah mencapai kutipan RM5.8 juta ringgit. Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Ketua Pegawai Eksekutif Igotopia, James South dan Pengasas Les' Copaque dan Pelabur Terbesar Igotopia Hj Burhanuddin Md Radzi.