Niaga AWANI: #BenderaPutih | Apakah tekanan yang dihadapi isi rumah, individu yang teruk terkesan ini?

Jun 30, 2021, 02:15 AM

Ketika ini ‘hashtag’ #benderaputih memenuhi ruang media sosial. Di Twitter sahaja, sekitar 41,000 kemaskini ditemui dengan’hashtag’ #benderaputih. ‘Hashtag’ ini menggesa isi rumah dan individu yang berada dalam kesusahan ekonomi dan kewangan mengibarkan bendera putih untuk dapatkan bantuan. Apakah tekanan kewangan dan ekonomi yang dihadapi mereka? Bagaimana pula dengan bantuan yang pelbagai yang disalurkan kerajaan? Saksikan perbincangan Editor Astro AWANI Rizal Zulkapli dan bersama Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma.