Niaga AWANI: Adakah harga minyak tinggi beri tekanan kepada inflasi?

Jul 08, 2021, 03:37 AM

Publicinvest Research pada 6 Julai mengekalkan saranan "overweight" ke atas sektor minyak dan gas dengan jangkaan harga minyak melonjak ke paras 80 dollar setong.
Ini didorong permintaan dan penawaran minyak global yang semakin meningkat.
Untuk melihat kepada jangkaan harga minyak mentah global dan sama ada ia berikan tekanan kepada kadar inflasi di tengah pemulihan ekonomi yang dijangka ini, kita bersama Ketua Pakar Ekonomi Juwai IQI, Shan Saeed.