Niaga AWANI: Berubah Melalui Pendigitalan: Dari kedai jahit kepada usahawan kedai roti berjaya

Jul 20, 2021, 01:43 AM

Selepas berdepan tekanan pendapatan yang menurun akibat PKP, Marriani Che Mat yang menjahit pakaian pengantin tekad untuk ubah perniagaannya. Atas latihan daripada People Systems Consultancy Sdn Bhd, Marriani kini adalah pemilik kedai roti yang turut melihat kepada pemasaran digital untuk tarik lebih ramai pelanggan. Hasilnya, pendapatan Marriani kini meningkat daripada RM500 sebulan kepada sekitar RM5000 sebulan. Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Pengasas MyBread2u, Marriani Che Mat dan Pengarah Eksekutif, People Systems Consultancy Sdn Bhd, Raymond D. Gabriel dalam Niaga AWANI.