Niaga AWANI: Skim PeKa B40 | 33% disaring ada penyakit tidak berjangkit

Jul 21, 2021, 03:51 AM

Kira-kira 33% daripada 457,462 orang dalam kumpulan B40 yang menjalani saringan kesihatan menerusi Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) dikesan menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba yang dipetik Bernama berkata, antara penyakit tidak berjangkit yang dikesan melalui saringan berkenaan adalah kencing manis sebanyak 10.4 peratus, kolesterol tinggi (29.8 peratus), darah tinggi (13.8 peratus), masalah mental seperti kemurungan (1.6 peratus) dan keresahan (1.4 peratus).
Skim PeKa B40 itu diuruskan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd yang menyediakan empat manfaat iaitu saringan kesihatan, bantuan alat perubatan sehingga RM20,000, insentif melengkapkan rawatan kanser (RM1,000) dan insentif tambang pengangkutan sehingga RM1,000.
Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd, Dr Anas Alam Faizli.