Niaga AWANI: Pendigitalan PKS dengan Kempen Shop Malaysia Online dan Go-eCommerce

Jul 22, 2021, 02:41 AM

Dalam usaha mengembangkan ekonomi digital dan mendorong pemulihan ekonomi Malaysia, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah mengumumkan permulaan kempen Shop Malaysia Online (SMO) dan Go-eCommerce (GEC), iaitu usaha sama dengan Kementerian Kewangan (MOF). Kedua-dua kempen ini bertujuan memberikan sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan produk keluaran PKS, yang diadakan secara serentak dari 1 Julai – 31 Disember 2021. Antara rakan kerjasamanya termasuk peneraju platform e-Dagang Lazada dan penyedia perkhidmatan e-dompet gaya hidup Boost. 

Saksikan temubual bersama Wartawan Astro AWANI, Afiezy Azaman dalam Niaga AWANI.