Niaga AWANI: Peningkatan kes COVID-19 | Adakah ini tingkatkan perbezaan pemulihan ekonomi di APAC?

Jul 23, 2021, 03:47 AM

Moody’s Analytics pada pertengahan Julai menerbitkan Laporan “Global Outlook: Emerging Disparities”. Laporan itu menyebut bagaimana ekonomi global akan melepasi paras tinggi pra-pandemik dalam masa terdekat. Namun menurut Moody’s Analytics pemulihan ekonomi adalah tidak sekata, hasil sokongan dan vaksinasi yang berbeza antara ekonomi kaya dan ekonomi membangun lain. Bagi kawasan Asia Pasifik, pemulihan adalah berdasarkan kejayaan kawalan penularan COVID-19 dan vaksinasi berbanding negara yang ketinggalan dalam bidang ini. Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Pakar Ekonomi Kanan APAC, Moody’s Analytics, Katrina Ell dalam Niaga AWANI.