Niaga AWANI: Pembatalan Ordinan Darurat | Industries Unite ingin kejelasan untuk kelangsungan perniagaan

Aug 03, 2021, 03:22 AM

Pada 28 Julai lepas Jabatan Perangkaan Malaysia lapor sumbangan PKS Malaysia kepada KDNK menguncup 7.3% pada 2020 akibat daripada pelbagai PKP yang diambil untuk kekang penularan COVID-19. Menurut data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia, pada 2020, PKS menyumbang sebanyak 38.2% daripada KDNK negara manakala 48% daripada pekerja di Malaysia berada dalam sektor PKS. Ini belum mengambil kira mereka yang beroperasi dalam sektor informal. 

Industries Unite dalam kenyataan terkini inginkan kejelasan berkenaan Ordinan-ordinan Darurat selepas pada 26 Julai lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan Dewan Rakyat bahawa kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan pelanjutan darurat, yang tamat pada 1 Ogos. 

Industries Unite dan 117 ahli ingin tahu berkenaan penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang untuk membolehkan perancangan dan pembukaan perniagaan. Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Penasihat Undang-Undang & Pengasas Bersama Industries Unite, Datuk David Gurupatham dan Ketua Koordinator dan Pengasas Bersama Industries Unite, Datuk Irwin SW Cheong.