Niaga AWANI: Pelepasan sifar | Peluang AS$1 trilion, 5-6 juta pekerjaan dan 6-8% KDNK di Asia Tenggara

Oct 13, 2021, 02:43 AM

Menurut laporan Bain & Company, ‘Southeast Asia’s Green Economy: Opportunities on the Road to ‘Net Zero,’ pelbagai transformasi untuk menyahkarbonkan ekonomi global telah menjadi lebih pantas pada 2021.

Namun negara di Asia Tenggara masih kekurangan langkah berani dan tindakan konkrit untuk capai pelepasan sifar. Bain & Company lapor peluang ekonomi dalam mencapai pelepasan sifar adalah sebesar AS$1 trilion, dengan 5-6 juta pekerja dan pertumbuhan KDNK 6-8%.

Apa peluang untuk Malaysia dan di manakah kekuatan kita dalam mengambil tindakan untuk capai pelepasan sifar? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Rakan Niaga dan Pengarah Bersama Pusat Inovasi Kelestarian Global, Bain and Company, Dale Hardcastle dalam Niaga AWANI.