Niaga AWANI: Bajet 2022 | Pemerkasaan wanita di setiap peringkat

Oct 28, 2021, 05:09 AM

Dapatan kajian menjangkakan bahawa pertambahan penyertaan 30 peratus wanita dalam pasaran buruh Malaysia, mampu meningkatkan keluaran dalam negara kasar negara antara tujuh hingga 12 peratus setahun.

Itu menunjukkan kekuatan serta potensi golongan wanita dalam membina ekonomi negara.

Bagaimana pemerkasaan golongan hawa harus diperingkatkan lebih lebih lagi ketika negara berdepan pandemik yang menyaksikan golongan ini berdepan tekanan hebat.