Inflasi & OPR | Impak perbelanjaan pengguna

Aug 10, 2022, 02:49 AM

Kajian IPSOS yang dikeluarkan pada Isnin melaporkan rakyat Malaysia kini mula merasai tekanan terhadap aspek kewangan peribadi mereka susulan kebimbangan mengenai inflasi dan kos sara hidup dalam kalangan orang ramai. 

Kenaikan kadar faedah yang dijangka akan berlaku memberi kesan kepada 4 daripada 10 orang rakyat Malaysia dalam bentuk pendapatan boleh guna yang lebih rendah dalam masa terdekat, menyebabkan penurunan taraf hidup mereka.