Ekonomi | Pengukuhan dolar AS, mata wang dunia terancam

Sep 30, 2022, 02:48 AM

Pakar Ekonomi MIDF Research Muhammad Zafri Zulkeffeli menjelaskan, kekuatan Dolar Amerika semakin mengukuh disebabkan oleh dasar moneteri yang menaikkan lagi kadar pinjaman sebanyak 3.25 peratus dan dijangka naik kepada 4 peratus. Malah, pada Disember depan dijangka naik lagi kepada 4.5 peratus. Jelasnya, kadar pinjamaan di Amerika Syarikat itu mengukuhkan kekuatan dolar, namun melemahkan mata wang asing.